Pages

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

–Az-Zaariat: 55

FEWWIT 3, 2011 : Belailah Kalbu, Damaikanlah Jiwa



Bismillahhirrahmanirrahim,,

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Berikut merupakan hasil rakaman yang telah saya rakam pada majlis tersebut.

Sila klik untuk download : FEWWIT 3,2011@IPG Khas

Kalau ada masalah download,boleh respon kt ruang komen atau shoutbox sebelah kanan blog.
Maaf diatas hasil rakaman yang tidak seberapa + ade sound gelak-gelak sikit..sumimase >.<
  
"FEWWIT": Belailah Kalbu, Damaikanlah Jiwa yang akan dikemudikan oleh Ahmad Fedtri Yahya, dan menampilkan Dr. HM Tuah, Ustaz Abdullah Zuhdi Mamat dan Imam Muda Nuri (Musim Pertama) selaku panelis pada kali ini. Penampilan istimewa, Imam Muda Syakir.
 Kredit :  iluvislam.com

====================================================================
Nak beli buku atau novel secara ONLINE? Boleh klik link ni :
====================================================================

hack facebook?


 Assalamualaikum w.b.t. semua! :)


klik untuk image menjadi besar



Gambar di atas hasil ringkas beberapa minit..dikala saje suke2.. so edit2 sket..hehe

Selamat Hari Minggu semua! (utk yg baru bercuti)
Untuk hari kedua cuti(terutama,Pantai Timur,Utagha dll),nikmati puas2 ye..Ahad nak kerja/ada kelas plak kan~ :P

#Ini bukan hack ok. ^_^

Wordless Wednesday #1



*disebabkan first time,,just copy dari page facebook.(upss ada words plak) -.-"

Credit : Studio.Muslim fb page.

HambaMu – Mawi ft. Akhil Hayy



Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa
Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui
Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah
HambaMu Allah


Credit to : liriklagu.biz (lirik) & mp3skull.com (lagu)

Syukur Ya Allah



 
Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalamualaikum semua..entry kali ni nak ceritakan apa yang telah berlaku pada permulaan bulan, 1 Jun 2011 hari Rabu.

Perkara ni berlaku semasa kerja (praktikal). Aku ditugaskan untuk pergi ke Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk hadiri taklimat tender.Seorang diri.Biasanya taklimat tender pergi 2 orang,tapi kali ini aku pergi seorang saje dan berkenderaankan motor sendiri. Taklimat tu sepatutnya mula jam 11pagi.Aku sampai awal sikit. Tak jauh mana pun dari office.Ambil masa 20 minit jugak lah kot.

Time nak p PNB tu aku tercari-cari jugak jalan.Tak pernah pergi kan…Alhamdulillah,jumpa gak jalan.Tapi time aku sampai tu hampir2 kul 11pg lah jugak..so lepas parking tu cepat2 naik ke tempat taklimat.
Sempat amik gambar lah jugak dari tingkat 33 menara PNB.I’m the first kot smpai..xde pun orang lain sampai lagi..

 

Dalam kul 11 lebih jugak mula.Xpe tu bukan kisahnya.Kisahnya, bila taklimat dah habis…Bila aku dah turun nak ke tempat pariking motor,aku tercari-cari, kat manaaaaaa la aku letak kunci motor aku tu…kching!! Dalam kepala otak aku..”heh kate aku tertinggal kat motor?Habislahhhh…” Aku pun terus laju ke parking motor dalam hati risau sambil cari2 kunci tah2 aku letak dalam bag aku..aku risau tah2 motor dah hilang..sibuk kot kawasan kat situ…risau risau…huk3
Sampai2 je kat park motor,, ALHAMDULILLAH motor aku masih ada…serius aku syukur…terus aku cari kunci motor aku…aku langsung tak ingat aku tertinggal kunci, pasal last sekali aku guna kunci motor tu tutup seat motor,aku pun tengok2lah kat situ,tapi xde..lepas tu aku ternampak bungkusan putih dalam raga motor.Aku terus bukak..then ada kunci motor aku.perghhhh dalam hati syukur2 gila.Allah tolong aku.Allah telah hantar seseorang yang baik hati utk letakkan dalam kertas,bungkuskan dan letak dalam raga motor. Alhamdulillah….syukur atas pertolongan Allah..

Mungkin ni gara2,kelam kabut kan…tp sempat lagi tu amik gambar kt atas tuh..tak teringat langsung.. ~.~
Hari lak Ahad, 5 Jun 2011  Allah kurniakan 1 nikmat lagi kpd ku..alhamdulillah…ibuku menghadiahkan sesuatu kepadaku..memang aku teringin dah ape yg mak aku bagi nih..terima kasih ma!

Alhamdulillah atas pemberian Allah ini…semoga aku sentiasa bersyukur atas nikmat Allah s.w.t walaupun aku bukanlah hamba yang sempurna.Aku, hamba yg selalu melakukan dosa2..namun Allah tetap kurniakan nikmat kepadaku..Aku perlu selalu bersyukur..dan memperbaiki diri ini supaya menjadi lebih baik! huuuu

#ni xtermasuk cite bape kali 'terselamat' dari accident lagi kn..huuuu.ak sampai terfikir,rider/driver patut menjadi orang yg paling banyak bersyukur  >.<

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah ^^
Selalu gak doa2 nak dapat benda nih..n kalo x silap,ada gak terfikir time dalam ‘musafir’ 
Alhamdulillah..semoga Allah berkati pemberian ini dan semoga ibubapa ku murah rezki :)

Jika Aku Sudah Tiada..


Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh

Entry ini untuk ingatan diri aku dan yang lain2 khusus mungkin utk blogger2 yang lain..

Aku pernah terfikir,bila berakhirnya hidup seorang blogger mahupun seorang penulis,apa yang akan terjadi akan blog itu?

Hari ini mungkin aku temui jawapannya, aku temui jawapan ketika blogwalking di blog http://telordibasuh.blogspot.com/ : mungkin aku kena bgtau family aku awal2 passworg blog ni kn~ huhu

Al-fatihah kepada Abdul Hakim Bin Mohd Kamal (owner Telordibasuh) , beliau telah kembali kerahmatullah pada 19 May 2011 bersamaan 15 Jamadilakhir 1432H.[tekan link blog di atas utk detail]


Hari ni (21 Mei 2011) pula telah berlaku musibah di Hulu Langat,menimpa Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa.Semoga anak-anak yatim yang telah kembali kerahmatullah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh bersama ibubapa mereka.Amin...

Doakan juga semoga proses pencarian berjalan lancar..insya'Allah


Innalillahi wa inna ilaihi Raaji'uun,Dari Allah kita datang..kepada-Nya kita kembali..
'Qaddarallahu wa ma sya fa'al'
"Allah sudah mentakdirkan sesuatu,dan Dia berbuat mengikut apa yang dikehendaki-Nya" - Riwayat Muslim no. 2664

Link rujukan ketika menulis:
[1] http://telordibasuh.blogspot.com/
[2] http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/2353-tanah-runtuh-mengorbankan-anak-yatim.html
[3] http://www.iluvislam.com/berita/malaysia/2354-operasi-mencari-dan-menyelamat-diteruskan-walaupun-malam-dan-hujan.html
[4] http://www.facebook.com/iluvislam/posts/10150193835027949
[5] Buku 101 Doa daripada Hadis-hadis Sahih terbitan Telaga Biru (yg doa last sekali tu)

Upah Dari Google Adsense & Nuffnang : Haruskah?


Upah Dari Google Adsense &
Nuffnang : Haruskah?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
advert2.jpg

Salam ustaz, saya nak bertanya pasal satu advertisement blog yg bernama nuffnang ni. kalau kita letakkan subscribe nuffnang dan google adsense di blog, kita akan dapat duit upah kerana telah mengiklankan sesuatu produk. Soalan saya ialah, boleh ke kita ambil duit yang diberi dan apakah status duit tersebut? Harap UZAR dapat ulas. terima kasih

JAWAPAN

Saya tidak pernah meneliti perjanjian yang diletakkan oleh pihak Nufnang dan Google Adsense, justeru saya sukar untuk saya memberikan jawapan yang tepat dan specifik kepada kedua-dua penyedia ruang iklan tersebut. 

Namun untuk tidak mengecewakan pihak yang bertanya, saya akan memberikan jawapan umum yang berupa panduan ringkas untuk menyemak status hukum dalam hal-hal yang melibatkan iklan dan bayaran darinya.
Sefaham saya, isu utama dalam hal ini adalah upah yang diberi kerana membenarkan ruang web atau blog kita digunakan bagi tujuan pengiklanan oleh pihak nuffnang dan google adsense, hasil dari kemudahan yang diberikan itu, kedua pihak tadi akan memberikan upah tertentu menurut cara tertentu. 

Dari sudut aqad atau kontrak, susbstance atau inti utama kontrak sebegini jatuh dalam kategori aqad ‘menjadi wakil dengan tawaran upah tertentu' atau  wakalah bil ujr. Atau lebih tepat, dalam hal ini pemilik web menjadi wakil memanjangkan iklan syarikat-syarikat dan produk yang tersenarai dalam senarai panjang google dan nuffnang (kerana biasanya bukanlah google dan nuffnang mengiklan barangan mereka sendiri tetapi barangan dan produk pihak lain) 

Dalam konteks ini, kita selaku pemilik web dan blog dikira menjadi wakil pihak nuffnang and google untuk menyebarluaskan iklan mereka, sebagai timbal balas, ganjaran akan diberikan kepda pemilik web atau blog, berdasarkan formula kiraan tertentu sama ada berdasarkan jumlah klik dan sebagainya.
Secara ringkasnya, bagi menentukan hukum dalam hal ini beberapa perkara perlu diambil kira iaitu:-
  • 1) Autoriti : Autoriti pihak yang menyediakan tawaran, dalam konteks ini adalah Nuffnang dan Google. Jika telah disemak dan dipastikan kedua-dua pihak mempunyai kredibiliti untuk melunaskan janji dan tawarannya, satu peringkat semakan hukum telah lulus. Peringkat ini penting bagi memastikan tiada unsur gharar dalam penawaran mereka. 
 
    • 2) Upah dan cara kiraan : Jumlah upah dan cara pengiraannya MESTILAH diberitahu dengan jelas dan boleh difahami oleh pihak pelanggan (kita). Jika perkara ini telah berjaya dipastikan dan difahami sebaiknya, tatkala itu lulus peringkat kedua semakan Shariah.  
     
    • 3) Kandungan iklan : Kandungan iklan yang dipaparkan. Jika sekiranya kandungan yang terbit di ruangan iklan yang disediakan untuk google dan nuffnang itu memaparkan iklan yang TIDAK HALAL, seperti gambar wanita tidak menutup aurat, permainan berunsur judi, iklan forex trading, bank riba dan pinjaman riba dan apa sahaja iklan yang tidak halal, tatkala itu upah yang diterima kerana mengiklankannya juga turut haram sebagaimana kandungan iklan tersebut.   
    •  

      • Prinsip Islam jelas dalam hal ini, setiap promosi produk dan iklan yang haram adalah haram juga mempromosikannya, maka setiap upah atas promosi sesuatu yang haram juga jatuh di dalam kategori haram. Dalilnya terlalu banyak antaranya adalah laknat nabi terhadap setiap golongan yang terlibat dengan arak, demikian juga riba. Juga firman Allah yang melarang kerjasama dalam hal yang membawa dosa dan permusuhan.   

        • Saya difahamkan bahawa terdapat fungsi ‘filter' atau pemilihan iklan yang boleh kita benarkan terpapar di web kita. Namun begitu, masih terdapat juga iklan-iklan yang tidak sewajarnya tersiar dan di luar kawalan pemilik web. Justeru, dalam menentukan keharusan penggunaan kedua-dua Nuffnang dan Adsense, hal seperti ini mestilah terlebih dahulu dipastikan terkawal dengan sempurna.
           
        • 4) Cara pembayaran ; Hal ini mestilah juga disemak dengan teliti bagi memastikan tiada unsur penipuan dan gharar.

        KESIMPULAN 
        Jika keempat-empat peringkat iaitu semua lulus dan berjaya mematuhi hukum Islam, tatkala itu upah yang kita perolehi juga turut halal, demikian juga sebaliknya.

        Perlu diingat sekali lagi, tulisan saya ini TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG PENGESAHAN terhadap penggunaan google adsense dan Nuffnang, ia hanya memaklumkan garis panduan yang perlu diambil kira oleh sesiapa yang ingin menyediakan ruang iklan kepada kedua pengendali iklan terbabit.

        Sekian.

        Kredit : zaharuddin.net
        Rujukan lain : Status Paid to Clik, To Surf & Buka Email Dapat Duit
         
        Diletak kt blog ni utk senang sket kokoro nk rujuk..sebab Kokoro pengguna nuffnang gak kn..huhu
        Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
         
        Copyright © aku.dia.kamu. Design By Best Website Design
        Buy Traffic and Templates On Sales