Pages

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

–Az-Zaariat: 55

Hati-Hati Berkata atau Menaip


Bismillahhirrahmanirrahim...

Mafhum hadis ke 15 dalam matan hadis 40 Imam Nawawi, Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya". (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) "


Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka). 

Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu tentang agama Allah SWT, jangan kamu cepat menghukum dengan sesuatu yang kamu jahil tentangnya kerana ianya telah diperingatkan oleh Rasulullah Saw kepada Abu Dzar r.a. Nabi  bersabda: "Hai Abu Zar, jika engkau ditanya sesuatu yang tidak engkau ketahui, jawablah saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang engkau tidak ketahui, supaya selamat dari siksa Allah swt pada hari kiamat."

Disarankan oleh Rasulullah Saw kepada kita untuk memperbanyakkan kata-kata yang baik (Minda Positive & Hati Positive Menjadi Doa Tanpa Sedar), atau jika sememangnya yakin kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, maka lebih baik mendiamkan diri. Pastinya untuk mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menambahkan saham dosa yang mungkin sahaja sudah sedia tinggi di bursa saham dosa milik kita. Silap berkata ada yang terasa, silap berkata orang melihat keaiban kita, silap berkata kita pula yang membuka keaiban orang, silap berkata macam-macam perkara tidak baik keluar dari mulut. Mulut juga boleh jadi sebagai pusat utama untuk melakukan dosa.


Bukan susah nak berkata-kata. Tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Namun, semuanya bukanlah bermakna kita hanya perlu diam sepanjang masa. 'Berkata baik atau diam'. Banyak sebenarnya perkara-perkara baik yang boleh kita sampaikan. Kita disarankan untuk lebih berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata supaya apa yang kita perkatakan tidaklah sampai dipandang sebagai kata-kata buruk. Mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Kerana kata-kata itu sebenarnya berbisa. seseorang boleh membunuh hanya kerana kata-kata dan boleh juga dibunuh kerana kata-katanya. Hebat, penangan sesuatu yang dinamakan 'kata-kata'. Berhati-hati juga, kita bertanggungjawab di atas apa yang kita sampaikan.

Semakin banyak kita berkata-kata lebih banyak peranan kita terhadap kata-kata sendiri. Kerana itulah adanya istilah 'diuji dengan kata-kata sendiri'.

Jangan pula sampai terbantut niat menyampaikan kebaikan hanya kerana bimbang menyakitkan hati sesiapa. Berdoalah, agar kita dapat menjadikan kata-kata dan penulisan kita dalam bentuk yang berhikmah serta semoga Allah segera menyedarkan kita apabila kita sendiri lalai dengan kata-kata kita sendiri.

Kerana kata-kata itu boleh menjadi pemberat timbangan untuk ke syurga dan boleh juga menjadi laluan ke neraka.

Semua ini sama ada secara LISAN mahupun BERTULIS. Berhati-hati ya!! =D

mr.kokoro said : this aritcle completely take from iluvislam.com
untuk ingatan ku dan rakan-rakan yang lain =)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © aku.dia.kamu. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales