Pages

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

–Az-Zaariat: 55

Selamat Mengundi Semua!




Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera


Hari ni dah pembuangan undi.Pembuangan undi bermula pada tetapan berikut:
                  
                    Tempat : Kompleks Sukan,UMP Gambang  dan Bilik Aktiviti FKEE,UMP Pekan
                    Waktu pembuangan undi : bermula 9pagi - 5petang

Selepas beberapa minit(dlm 30minit-sejam) pengundian ditutup, pemenang akan di umumkan di Kompleks Sukan,UMP Gambang.

Aku terasa nak pergi tengok,tapi esok ada test micro-c dan quiz pcomm..ayayaya~

Kepada rakan-rakan sekalian,aku ulang sekali lagi dan lagi, jangan undi berdasarkan paras rupa semata-mata.Attitude tu yang penting.dan tidak semestinya perlu pangkah yang pandai berkata-kata.yang penting dia pandai membuat kerja.

Serius aku fikir, fikir dan fikir sapelaaa aku nak pangkah ni.hmmm anda???
Aku sangat yakin, akan ada undi by rupa.Sangat yakin.Cuma tak tau ramai ke tak.

               "eh muka dy ni MACAM boleh jd MPP je"
                      "CUN r dy,pangkah dy lah"

adoiii kalo korang ade fikiran cam tu, baiklah korang tekan link yg x seberapa ini.

Perhatian,kalau korg de fikiran macam kata atas je k..kalau x, xyh tekan link kt atas tuh.

Please,make a good decision. for UMP and of-course for Pekan Campus.

Selamat Menjalankan Tanggungjawab Sebagai MAHASISWA UMP!  
                

Penamaan Calon PRK MPP UMP hari ini!


Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan Salam Sejahtera




Hari ini bermulanya antara hari bersejarah bagi Mahasiswa UMP tak kisah, UMP Gambang mahupun UMP Pekan.


Kenapa?? Pada hari ini akan berlakunya penamaan calon utk wakil-wakil pelajar yang akan bertanding..
Bagi korang yg suke CAKAP cakap dan TERUS CAKAP BELAKANG mungkin tak tahu makna sebenar erti sebenar PRK (pilihanraya kampus) MPP UMP kali ini.


Tapi, bagi kiteorg (di peringkat mantan EEES, MECHAPRO,PEKA 5) yg dah pernah 'bekerja' dgn pihak MPP, sangat menantikan-nantikan saat ini. Bukan dah lame tunggu MPP sesi 2009/2010 ni turun.Cuma mengharap dengan MPP sesi 2011/2012 ini, UMP Pekan akan lebih terbela.


Secara peribadi bagi aku, MPP sesi 2009/2010 telah buat sesuatu.TETAPI sesuatu itu yang RAMAI TIDAK NAMPAK. Mungkin silap di peringkat mereka kerana tidak menunjuk-nunjuk...dan pastilah disebabkan perpindahan kitorg pelajar tahun 4 dan tahun 3 sama ada FKM atau FKEE ke Kampus Pekan serta fasiliti-fasiliti yg agak KOSONG di KK5 pada awal-awal masuk merupakan satu tekanan kepada kpd pelajar-pelajar. Solutionnya, pasti akan mencari MPP bukan??


Tapi sebelum sampai ke MPP,,masalah-masalah tu sampai ke PEKA 5,MECHAPRO dan tak lupa EEES juga.See?? Kesian PEKA 5 yg baru tubuh.Kesian MECHAPRO dan EEES kene tempias gak.TAPI xper.
ITU sume KISAH LAMA.MPP sesi 2009/2010 pun dh beri kerjasama yg terbaik kpd kami.TAPI anda kena faham,atas MPP masih ada KUASA lagi besar.SIAPA??? Ong kos la sang penguasa.


Kami diperingkat kepimpinan PEKA 5,MECHAPRO dan EEES akan cuba sebaik mungkin utk membantu rakan-rakan seperjuangan yang lain.dan DENGAN HARAPAN, MPP sesi 2011/2012 kali ini akan sama-sama turun padang merialisasikan HAJAT-HAJAT penduduk Kampus Pekan.


Okey cukuplah kot buat masa ni,tunggu lepas penamaan calon nanti lak.Siapa wakil dari pelajar Pekan?Tak kisah FKM atau FKEE pun..harap-harap mereka dapat berjuang habisan-habisan utk mahasiswa Universiti Malaysia Pahang umumnya dan khususnya kpd pelajar UMP Pekan.


Sila amati gambar dibawah ini. ;]




hasil Zul Rasyied,edited by me

Salam Maulidur Rasulullah S.A.W



Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh


Ceramah maulud : Pada suatu malam,Bilal b Rabah tlh b'mimpi Rasulullah , maka perasaan rindu yang teramat sangat dirasai.. Maka bilal mengambil keputusan utk datag ke madinah & menziarahi makam Rasulullah S.A.W.. Kemudian ketika bilal di madinah, cucu Rasulullah, Hassan & Hussin berjumpa bilal & memohon Bilal utk mengalunkan azan setelah sekian lama Bilal tidak mengalunkan azan di bumi madinah setelah Rasulullah wafat....


Pada mulanya Bilal berat utk memenuhi permintaan tersebut namun disebabkan cucu kepada Rasulullah sangat mengharapkan, maka bilal mengazankan setelah sekian lama tidak didengari azan bilal oleh penduduk madinah setelah rasulullah wafat.. apabila Bilal mula azan, maka para penduduk madinah mendengarnya dan sangat terkejut dengan suara yg sangat merdu sekian lama tidak didengari...maka peristiwa dan pengalaman semasa pengalaman bersama rasulullah mula terbit dihati setiap penduduk madinah yg pernah berada dizaman Rasulullah..

Ada yang menyangka adakah Rasulullah telah dihidupkan kembali.. maka semua penduduk Madinah berasak-asak ingin memastikan adakah benar Rasulullah akan mengimamkan mereka utk solat pada waktu tersebut.. Namun begitu, apabila sampai pada' Asyhadu annamuhammadurrasulullah'.... maka bilal tidak dapat menahan sebak dan tidak mampu utk menyebut nama Rasulullah yang dicintainya... Begitulah betapa rindu, kasih dan sayangnya para sahabat kepada baginda... 

Adakan ada sedikit rindu kita kepada rasulullah???

Ceramah maulud di Masjid Muaz B Jabal Taman Setiawangsa.. sangat terharu sehingga Ustaz yang bercerita ini juga tersedak menitiskan air mata...

kisah ini mr. kokoro copypaste COMPLETELY dari wall mr. Afif di facebook beliau.aku pun terharu gak dengan cita ni...dan lagi satu kisah,tentang kisah dakwah Nabi,sehingga kakinya berlumuran darah.dan apabila malaikat bertanya apa yang Nabi mahu doakan kpd mereka2 yg telah menyebabkan kekasih Allah sehingga begitu,Nabi katakan/doakan kebaikan keatas mereka.Ya Allah..walaupun dibaling batu sehingga berlumuran darah.Nabi Muhammad S.A.W masih doakan kebaikan. kita??
*kalau entry lain mampu ku tulis.entry untuk Rasul junjunganku xmampu utk ku tulis,,,,sangat TIDAK PATUT!walaupun lambat sehari, sudah 13 Rabi'ul Awal 1432 Hijrah. Tapi 12 Rabi'ul Awal 1432 Hijrah insya'Allah sentiasa dalam hati =)

Hati-Hati Berkata atau Menaip


Bismillahhirrahmanirrahim...

Mafhum hadis ke 15 dalam matan hadis 40 Imam Nawawi, Dari Abu Hurairah r.a bhw Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yg baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kpd Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya". (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) "


Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. ( (Hamka). 

Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu tentang agama Allah SWT, jangan kamu cepat menghukum dengan sesuatu yang kamu jahil tentangnya kerana ianya telah diperingatkan oleh Rasulullah Saw kepada Abu Dzar r.a. Nabi  bersabda: "Hai Abu Zar, jika engkau ditanya sesuatu yang tidak engkau ketahui, jawablah saya tidak mengetahui supaya selamat dari tanggungjawabnya, dan jangan memberi fatwa terhadap apa yang engkau tidak ketahui, supaya selamat dari siksa Allah swt pada hari kiamat."

Disarankan oleh Rasulullah Saw kepada kita untuk memperbanyakkan kata-kata yang baik (Minda Positive & Hati Positive Menjadi Doa Tanpa Sedar), atau jika sememangnya yakin kita akan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, maka lebih baik mendiamkan diri. Pastinya untuk mengelakkan kita daripada mengeluarkan kata-kata yang mampu menambahkan saham dosa yang mungkin sahaja sudah sedia tinggi di bursa saham dosa milik kita. Silap berkata ada yang terasa, silap berkata orang melihat keaiban kita, silap berkata kita pula yang membuka keaiban orang, silap berkata macam-macam perkara tidak baik keluar dari mulut. Mulut juga boleh jadi sebagai pusat utama untuk melakukan dosa.


Bukan susah nak berkata-kata. Tidak memerlukan penggunaan tenaga yang banyak. Namun, semuanya bukanlah bermakna kita hanya perlu diam sepanjang masa. 'Berkata baik atau diam'. Banyak sebenarnya perkara-perkara baik yang boleh kita sampaikan. Kita disarankan untuk lebih berfikir sebelum mengeluarkan kata-kata supaya apa yang kita perkatakan tidaklah sampai dipandang sebagai kata-kata buruk. Mungkin kita perlu lebih berhati-hati dalam menuturkan kata-kata. Kerana kata-kata itu sebenarnya berbisa. seseorang boleh membunuh hanya kerana kata-kata dan boleh juga dibunuh kerana kata-katanya. Hebat, penangan sesuatu yang dinamakan 'kata-kata'. Berhati-hati juga, kita bertanggungjawab di atas apa yang kita sampaikan.

Semakin banyak kita berkata-kata lebih banyak peranan kita terhadap kata-kata sendiri. Kerana itulah adanya istilah 'diuji dengan kata-kata sendiri'.

Jangan pula sampai terbantut niat menyampaikan kebaikan hanya kerana bimbang menyakitkan hati sesiapa. Berdoalah, agar kita dapat menjadikan kata-kata dan penulisan kita dalam bentuk yang berhikmah serta semoga Allah segera menyedarkan kita apabila kita sendiri lalai dengan kata-kata kita sendiri.

Kerana kata-kata itu boleh menjadi pemberat timbangan untuk ke syurga dan boleh juga menjadi laluan ke neraka.

Semua ini sama ada secara LISAN mahupun BERTULIS. Berhati-hati ya!! =D

mr.kokoro said : this aritcle completely take from iluvislam.com
untuk ingatan ku dan rakan-rakan yang lain =)

PRK : mood berubah!!


Assalamualaikum W.B.T, Salam Sejahtera semua! 

PRK tu ape?? PRK atau nama lainnya Pilihanraya Kampus.
di sebabkan semalam dgn rasminya pihak HEP atau di UMP,lebih dikenali sebagai JHEPA telah mengeluarkan pengishtiharan rasmi..so..PRK mood is back!! XD

Disebabkan itu,kemungkinan besar mood di blog aku.dia.kamu juga akan berubah sikit. mr. kokoro will try to write more about leadership this time.. So entry2 yg berlabel 'dia' mungkin akan kurang la dlm beberapa minggu ni :P


picture by samoht-lion.deviantart

Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut berkenaan PRK MPP UMP Sesi 2011/2012 ni boleh rujuk kat blog rasmi di PRK MPP UMP 2011.Anda juga boleh LIKE page PRK di sini [CLICK].

Sekian,nantikan entry-entry yg tidak jiwa-jiwa dari mr. kokoro(mampu ke?) haha~~ XD

Avatar mengajar kita....




Assalamualaikum w.b.t ,Salam Sejahtera

mesti semua dah tengok movie kt atas ni kan?? haaa aku baru JE habis tgk tadi ;)
xpuas gak tengok. book one jek kn~~

TAPI yg aku nak kisahkan disini, adalah tentang TANGGUNGJAWAB Ang sebagai AVATAR...

haaa korg pon mesti pakar dan tau ape tanggunjawab avatar kn...bertapa berat dan besarnya beban yg dia perlu dia pikul. dan sebab itu lah dlm citer tu,Ang lari bila semua termasuk sifu dy (time kt temple) bow kt dy,,dy terus lari...

WHY??

TANGGUNGJAWAB dan 'akibat' dr tanggungjawab tu...haaa itulah jawapannye~
Ang tau,bila dy dh jadi avatar,dy xleh bercinta berkahwin dan dy akan jadi lain kn..pasal tu dy lari
dia TAKUT...

so kalau tengok realiti sekarang pon RAMAI yg TAKUT..rata-rata begitu...kan?
Ya siapa yg tak takut.Kalau org Islam,lagi lah..semua ni akan disoal pada kemudian hari.
TAPI Ang sedar akan dirinya sangat diperlukan oleh semua orang.Lalu dia pun meneruskan tugasnya sebagai avatar dgn mula mempelajari element lain selain elemen angin...

JADI...bg aku, Ang seorang yg hebat.Anda???
Satu hari nanti anda2 ni akan jadi ketua,akan ada tanggungjawab yg besar gk...sekurang-kurangnya dalam KELUARGA sendiri nanti kn :)

dan pendapat peribadi aku ni,time kita masih student tak kesah lah di sekolah,kolej atau universiti....pasal time ni lah paling banyak masa utk belajar.time dah kerja nati still ada masa.tapi xbanyak macam time2 skg nih.

Jadi fikir-fikirkan lah ye.........n lagi satu,,
cerita bukanlah sekadar cerita.....
cerita juga juga boleh mengajar kita.....
samada kita nk belajar atau tidak saje...

sekian..Wassalam =)

dia suka aku?


Assalamualaikum w.b.t ,Salam sejahtera! :)



Dia suka aku ke?
Selalu sms aku
Selalu ym aku
Dia suka aku ke?
huh
risau aku
nampaknya nak tau dia suka aku atau tak
aku kena tanya dia la kn
hmmm
takpa,beranikan saja bertanya
kalau tak
aku akan terus risau
selepas bertanya

to my Chinese friends


Salam Sejahtera

Happy Chinese New Year to you alls! =)
mostly to section E31 Chinese friends and my ex-praktikum n9



Hoping this year become more calms!
nak angpowsss??
=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © aku.dia.kamu. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales