Pages

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

–Az-Zaariat: 55

Kelebihan Bacaan Yasin Di Awal Hari


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Hazrat Ata bin Abi Rabah rah. berkata "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,"Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari, maka segala hajatnya akan dipenuhkan." – Hadith Riwayat Darimi


Hadith kat atas ni di ambil dari Kitab Fadhilat Amal yang ada kat surau.Sebenarnya time kat matrikulasi lagi saya mendengar hadis ini.Bila mula-mula dengar,terasa nak mencuba.Mane tidaknye,"segala hajatnya akan dipenuhkan"..of kos la kene ambil peluang kan? :)

Tapi..haaa mestilah ade tapi...ingat senang ke? PERMULAAN HARI...Nak bangun Subuh pun susah kan,ni nak baca Yasin belah pagi...lagilah! ~.~ Apapun diri perlu dipaksa.Alhamdulillah,saya dapat amalkan.Tapi on off lah dengan mate time baca pun ikut on off sekali~ :P

Permulaan hari tu pula,setakat ilmu di dada,ada dua, pertama,sebelum Subuh,atau selepas Subuh..orang macam saya ni, pilih lepas Subuh je..kalau sebelum,masih tak mampu lagi..huhuh.

Kesan dari membaca Yasin ini memang berkesanlah.Alhamdulillah,memang hajat dipenuhkan.Hajat dipenuhkan ni BUKANLAH SEMUA perkara,tetapi APA YANG KITA HARAPKAN UNTUK HARI TERSEBUT.

sumber gambar dari hasminuddin74.blogspot


Contohlah, time matrik,selalu harap kerja yang cikgu bagi boleh extend hantar lambat sikit.(well..student kan~) jadi bila baca awal-awal pagi,selalunye lepas Subuh,memang berkesan (jahat tak?hehe).Bukan sekali,tapi banyak lah jugak tapi tak sume la.. :)

Itu satu contoh lah..contoh lain,macam kita nak bergerak jauh ke.kalau sempat pagi tu,bacalah. Insya'Allah dipermudahkan urusan perjalanan kita.Lagi, kalau dalam hari tu macam ada banyak gile urusan/kerja atau apa-apa, insya'Allah "tak sesak nafas". :)

Antara kelebihan lain baca ayat-ayat al-Quran di awal pagi nih,dapat menajamkan fikiran kita. :)
Yang penting, setiap perkara kita buat, BERHARAP kepada ALLAH..surah Yasin dan ayat atau surah-surah  itu perantara semata-mata.dan yang pasti, memang banyak kelebihan-kelebihannya.
Lagi satu kuncinya bagi pendapat sayalah, YAKIN. Yakin dengan apa yang di perkatakan oleh Nabi Muhammad S.A.W yakni dalam hadis-hadis dan ayat-ayat Allah.


Sekian saja untuk kali ni..macam anda semua tahu,banyak gak kelebihan-kelebihan baca Yasin kan?Harap entri ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita dan semua umumnya.

Telah bersabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati; dan hati Al-Quran ialah surah Yasin; barang siapa yang membaca surah Yasin,nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.
–Hadis Riwayat At-Tirmizi dari Anas r.a

2 comments:

hayati suki said...

Alhamdulillah.. perkongsian yang bagus. Saya juga mengakui keberkesananya. :-)

http://mamadasuki.blogspot.my/2015/10/giveaway-by-mamad-darwish-is-one.html

Faizal said...

Permulaan hari dalam Islam adalah maghrib tuan. Kesannya pasti makbul. Ini amalan setiap hari di masjid banglewali nizamuddin kecuali malam jumaat sbb malam markaz di sana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © aku.dia.kamu. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales