Assalamualaikum w.b.t ,, Salam Sejahtera.....
Dalam kegelapan dan keheningan pagi..aku terjumpa file notepad tersave dlm hd yg bertajuk
'Petua Imam Syafie'..
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Semoga kita dipermudahkan utk mengamalkan perkara2 yg boleh mendatangkan kebaikan kpd diri kita..insya'Allah :)
*sekiranya ada maklumat yg salah sila bgtau ek.. :)
3 comments:
boleh di amalkan neh.hohoho
@cik silent
boleh2..kalo xsume pon,,sikit demi sedikit kn? ;)
=)
Post a Comment