Pages

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

–Az-Zaariat: 55

cita-cita ku dulu part 2


terpadam habiskah cita-cita ku nak jadi doktor?? mungkin sekiranya cita-cita aku untuk merawat orang sakit.merawat ibubapa aku,mungkin ya jawapanya. aku xmampu nak rawat dah.kerana cita-cita ku sekarang,aku nak menjadi seorang engineer yang berjaya!insya'Allah..doa-doakan la ye :)

yang pasti aku jeles gak kat doktor-doktor ni,pasal dorg boleh TOLONG orang dan berbakti pada umat manusia.tapi aku sedar. utk TOLONG orang dan berbakti,tak semestinya kena jadi doktor. kan??

kalau jadi engineer pun masih boleh tolong orang.dengan wat bangunan,cipta,design untuk kegunaan dan kebaikan semua orang.bukan ke itu dikira tolong gak?So siapa cakap engineer tu tak menolong orang tu tipulah.

tapi kalau orang kata STUDENT engineer tak tolong orang tu,hmmm tu boleh fikir-fikirkan la jugak kan? :)

setahu ku,kalau STUDENT medic (bakal doktor) dorang paling tidak pun akan ada porgram wat check gigi ke..wt simple medical checkout ke kat masyarakat umum.mungkin dalam kelmpok kecil la jugak.so dorang STUDENT pon dah berbakti kt orang.STUDENT ENGINEERING lak?ade ke?xkn kita ni hanya boleh berbakti kat orang bila dah bergelar ENGINEER saje?Tak patut.Tak patut.

Jadi kat sinilah aku mula nampak program-program yang dijalankan oleh persatuan,kelab atau MPP dalam UMP ni utk menganjurkan program-program yang membolehkan student engineering ni berbakti  kat masyarakat.Biar lah kalau cara membantu kita tu macam 'lari bidang kejuruteraan' sikit.Asalkan berbakti.

Paling kurang pun sekurang-kurangnya kita ni menjadi manusia yang berguna kat keluarga kita,kat kawan-kawan kita (kan ramai nak jadi mcm tu kn?insya'Allah termasuk aku:) Jadi aku fikir, siapa-siapa yang pegang jawatan@amanah atau sekarang ni dah ramai kawan-kawan aku dah bergelar MANTAN :P
Anda secara tak langsung sebenarnya dah jalankan satu budaya 'TOLONG-MENOLONG' disitu. Tahniah buat korang :)

Koranglah juga antara bukti yang STUDENT ENGINEERING ni boleh berbakti !! dan aku pun mungkin salah sorangnye jugak..heeee~ bukan ape,,tau tak,bila kita tolong orang,ada satu perasaan..perasaan macam puas hati tertibanya timbul..itu yang aku rasa la..tak tau lah kalau korang rasa ke tak kan~ yang pasti juga,walaupun aku tak dapat jadi doktor utk bantu orang lain,aku tau aku masih boleh menolong orang dengan cara tersendiri..alhamdulillah :)



Semoga cita-cita kebanyakan orang,cita-cita dulu,kini dan selamanya nak 'menjadi orang berguna' tercapai apabila kita dapat tolong-menolong antara satu sama lain :)


*semoga Allah redha setiap penat lelah korang semua,terima kasih kerana berbakti :)
harapkan balasan Allah diakhirat kelak,, insya'Allah)

psssst : yang penting juga, IKHLASKAN HATI anda..kalau tak ikhlas,takut Allah tak terima lak~ huhu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © aku.dia.kamu. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales