Pages

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

–Az-Zaariat: 55

cita-cita ku dulu part 1


Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera,,

Dulu masa kanak-kanak, aku pernah bercita-cita utk menjadi macam-macam..lagi-lagi dalam bidang yang agak profesional lah juga,macam polis;aku nak tangkap semuaaa orang jahat, peguam;aku nak biar orang jahat masuk lokap!kat tempat sepatutnya meraka masuk.Aku nak jadi cikgu;nak ajar orang dan berbakti kat semua orang.Aku nak jadi doktor;aku nak jaga mak ayah aku bila dah tua nanti.Kalau sakit nanti aku boleh rawat mereka sendiri.hooo seriusss tu lah sebab2 yang masih segar di ingatan aku.

Tapi tak ada pula aku bercita-cita nak jadi engineer atau jurutera nih ;)
Tapi bila aku masuk sekolah menengah, ya..aku mula minat bab-bab letrik nih. dan subjek kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)lah yang membuatkan aku minat kat bidang elektrik khususnya elektronik. 
Alaaa kan time form 3,kene buat projek elektronik kan?Ingat tak?Kalo yang amik ERT tu xyah la nk ingat yek :P

Then bila dah masuk sekolah teknik,lagilah. Aku mintak elektrik pasal minat kan :) Sampailah sekarang.Selepas setahun di matrik dalam bidang terbuka (sains fizikal). Aku masih setia dengan elektrik.Aku harap dengan minat aku nih,aku boleh berjaya..ameen :)

Tapi apa yang nak diceritakan kat sini,cita-cita aku nak jadi doktor...hah, sekarang memang langsung dah takda chan dah aku nak jadi doktor kan.Ye la,aku dah masuk field engneering dah. Tapi nak buat cmne,aku aku dah minat field nih.Lagi pon aku tau yang aku takleh nak bawak bab2 doktor nih.Terbukti bila time form 4, aku sempat masuk kelas biologi.dan seriussss aku agak susah la nak faham ape yang cikgu ajar tu kan..hoho



Tapi apa-apapun, aku pegang kata kunci utk doktor,dan kata kunci tu adalah 'TOLONG'...

p/s:disebabkan macam panjang je kisahnya,aku akan sambung pada next entry..tunnnnnnnnguuu~ hee :)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © aku.dia.kamu. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales