Pages

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

–Az-Zaariat: 55

bermusafir~


credit to ratuhati.com
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera! :)

Hari kitorg akan mula bertolak atau nama lainnya bermusafir dr UMP pada jam 0700.Untuk program Kami Prihatin Kami Memimpin.Program ni ade objektif & matlamatnye tersendiri.tp xmau lah cite kt cni :)

Cumanya nk bgtau,kali ni aku nak doa 'mahal2' lak. Ikut pengalaman sebelum nih,kebanyakan doa/apa yg terlintas dlm hati/tersengaja kata alhamdulillah Allah makbulkan.TAPI itu sume boleh ak boleh kategorikan doa rutin /biasa(kot)

Doa 'mahal' ni ape lak?bagi aku, doa mahal ni mohon hidayah,xkesah la pada siapa,pada saudara Islam kita sendiri atau pon ada kawan2 kita yg kita rasa hanya 'tunggu masa/hidayah' saja~

Mungkinkah doakan jodoh pon dlm kategori doa mahal??hmmmm xtaula saye~ :P

Diharapkan rakan2 yg join program ni..ataupun sape2 saje yg nk bergerak ke mana2...boleh praktikkan 'doa mahal' nih...disamping doa2 rutin kita :)

Utk rakan-rakan yg akan pulang ke universiti naik cuti nanti pon....itu satu perjalanan gk kn???Lagi pon ini antara waktu/keadaan yg mustajab je~ :)

Firman Allah SWT dalam surah Ghafir ayat-60 :

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan takbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina." 

=)

formspring | Ulasan Soalan


Assalamualaikum w.b.t ,Salam Sejahtera..dan Semoga berjaya kpd anda semua! (ttbe je kn~) XD

Rasa macam sudah bersedia,tapi bila fikir sangat,macam belum sedia lagi.Rasa macam nak,tapi bila fikir-fikir,macam tak nak pun ade...apekah dy?


rata-rata kawan formspring aku dah jawab soalan ini..n rata-rata jawab - "kahwin"..tu je korg pikir kn..isk3 :D

tp ketahuilah soalan tu lah bermain-main dlm fikiran ku setelah mendapat berita/makluman yg aku di offer atau lebih tepat,sudah dilantik utk memegang sesuatu amanah.huhu

Mula-mula aku fikir,aku macam sudah bersedia utk melaksanakan amanah itu.tapi bila fikir sangat macam belum sedia lagi.pastu  aku rasa macam nak,tapi bila fikir-fikir,macam tak nak pun ade.


Bila fikir sgt;aku perlu fikir akan akademik gk kn..mmpu ke aku bertahan bila pegang amanah yg berat lg?Aku fikir macam-macam sehingga harapan ibubapa ku utk melihat aku.berjaya dlm akademik.

tekanan..sangat tekanan.waaaaa wa rasa mau menangis woooo...amanah,bukan lah satu perkara yg ringan.haishhh.takot.sume bnde ni akan dipersoal satu hari nanti.tp mmg akademik ku jd keutamaan gk,skg utk dapat 1 class degree kn...aku skg hanya berharap Allah kurniakan aku 2nd upper class degree je...
Harap rakan-rakan yg membaca dapat doakan kejayaan aku.dan anda juga berjaya.mungkin lebih dari aku :)

Sekarang: aku menerima amanah itu.sebab aku terima?kwn aku kate xbaik selfish..n ade betulnye dy kate gitu.aku pun terima.dan bos2 yg lepas kate.tanggungjawab ni xberat mne.n xkan kacau study ku sangat.n aku harap,perkara tu betul lah..waaaa gua mau rehat! huhuk

Ok cukuplah saja ulasan@jawapan utk soalan diatas.perghhh ni antara entry yg aku cuba elak utk tulis dlm blog.sebab,xsuke cite2 sedih ni..huhuk bad aura~ anyway..kalau korg de nak kate pe2 komen la ek :)

Utk bos2 yg terbace,maaf,penulisan ini just perkongsianperasaan dgn kawan2~ huhu

mampukah aku?



Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera semua! ;)

Kali ni nak kisahkan cerita yg diceritakan oleh seseorang.Kisah ini insya'Allah kisah yg benar.
Alkisah, berlakunya di sebuah negara Barat.Negara yang terkenal dengan wanita yg cantik pada pandangan nafsu seorang lelaki.dan aku seorang lelaki. >.<

Kisah ni berlaku kt kolej,di mana dalam sebuah kelas tu,terdapat seorang lelaki Muslim.Dalam kolej tu terdapat seorang wanita yg sangat cantik,sangat cantik.Saya ulang,sangat cantik.Cantik disini dari rupa paras(duniawi).

Petua Imam Syafie


Assalamualaikum w.b.t ,, Salam Sejahtera.....


Dalam kegelapan dan keheningan pagi..aku terjumpa file notepad  tersave dlm hd yg bertajuk
'Petua Imam Syafie'..


4 PERKARA UNTUK SIHAT

 Empat perkara menguatkan badan

 1. makan daging
 2. memakai haruman
 3. kerap mandi
 4. berpakaian dari kapas


Empat perkara melemahkan badan


1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih


Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat


Empat perkara menajamkan fikiran

 1. tidak banyak berbual kosong
 2. rajin bersugi (gosok gigi)
 3. bercakap dengan orang soleh
 4. bergaul dengan para ulama

 4 CARA TIDUR

 1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
 Mengiring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


Semoga kita dipermudahkan utk mengamalkan perkara2 yg boleh mendatangkan kebaikan kpd diri kita..insya'Allah :)

*sekiranya ada maklumat yg salah sila bgtau ek.. :)

jangan percaya~


Assalamualaikum w.b.t

jangan percaya terlalu percaya kt status2 fb ku
kebanyakannye kemungkinan rekaan semata2
ini adalah khas utk status2 cm jiwang sgt...
pasalnye
aku bukan seorang yg jiwang~ haha XD
itu just nak layan perasaan semata-mata

sebabnye....
aku ambil inisiatif tu sbg salah satu cara release tension
belive me
:)

p/s:minggu 2 in 1 program.Kem Voltage n Konvesyen Suara Mahasiswa UMP.Harap2 kem Voltage anjuran EEES dapat lahirkan pelapis2 pd masa hadapan.n Dasar2 yg dibincangkan dlm konvesyen tu diterima oleh pihak UMP dan membawa kebaikan kpd U terchenta ini ;)

sebab aku jiwang~


Assalamualaikum w.b.t


sumber Holunder.deviannart
aku seorang yang jiwang ke?
kalau YA, mungkin disebabkan si dia
kamu juga salah salah satu sebabnya
maka terciptalah


wahaha xdenye~~
aku seorang biasa2 saje k..
i'm single (saje nk gtau)
n still single (supaya korg percaye)
TAPI
kalau betul la aku ni jiwang, LIKE entry nih..
nk tengok sket,,betul ke org anggap ak gitu?
ramai ke org anggap aku gitu? 
k sekian saje.

sblum tu,nak korg doakanku disebabkan,
minggu yg mendatang ni,
aku punyai banyak urusan,SANGAT BANYAK
mula minggu depan,time cuti raya cina,
sampai awl bulan dua,AGM EEES then ade PRK UMP lak..
hoho

"Ya Allah,permudahkanlah urusan aku,serta kawan-kawan kepimpinan yg lain dalam melaksanakan tugas yg telah dipertanggungjawabkan ke atas kami ini.Kau permudahkanlah urusan kami.Tenangkan fikiran dan tindakan kami."

sebulan dan seminggu dah~


Assalamualaikum w.b.t


dah sebulan dari tahun baru Hijrah,7 Disember 2010 dan sudah seminggu di tahun baru Masihi,2011...
ade perubahan ke aku ni??aiyaaaa~

kelembapan kt UMP Pekan ni dah berkadar langsung dah dengan berat tulang-tulang dan badan ku..huh!!
awatla rase cam malas semacam nih??

harap2 hari ni (7 Januari 2011) ade la sesuatu yg aku dapat improve dlm diri nih..walaupun satu benda pon kn~ maybe perubahan tu xperlu banyak,tp perlu konsisten (istiqamah).maybe perlu perubahan yg banyak,tp kita buat sikit demi sedikit.kan?

boleh dikatakan, setiap manusia pasti akan fikir utk memperbaiki diri masing2.cumanya sekarang, mereka MENUNGGU masa yg SESUAI. tarikh 1.11.11 sudah pun lepas.dan aku pasti, itulah salah satu tarikh yg sesuai. yup!aku pun begitu juge.TAPI mcm xde sebarang perubahan jer~ anda pula macam mane?

dalam nak perbaiki diri sendiri tu lak, merasakan TERLALU BANYAK yg PERLU DIUBAH.sehinggakan rasa TERTEKAN akan azamnye sendiri.ade ke yg rase mcm tu?kalau ada, apa kata buat SATU per SATU.
Kita nak capai banyak perkara dlm satu masa bukanlah satu yg mudah.Lagi-lagi bila melibatkan proses memperbaiki diri nih~

Analoginya, macam kita joging,target nak lima round.tak pernah nak joging, ttbe nak joging lima round terus.BUKANke lebih cantik utk 1st day tu kita joging utk satu round je dulu.Kesokannye lak tambah la dua round dan diikuti oleh penambahan pada hari-hari seterusnya.dan yg penting kena KONSISTEN dalam berjoging la kan.

REUNION KMNS | semua batch dijemput!


Assalamualikum w.b.t & Salam Sejahtera

 ::Reunion ALUMNI KMNS 2011:: 

REUNION ALUMNI KMNS 2011
TEMPAT: BAYU BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
TARIKH: 5-6 FEBUARI 2011

PAKEJ:
1. PENGINAPAN*:
    1.1 BILIK STUDIO
         1.1.1 RM 250 BESERTA SARAPAN UNTUK 2 ORANG (BERKAHWIN ATAU BUJANG), SEORANG RM 125
    1.2 APARTMENT DELUXE 2 BILIK
          1.2.1 RM 430 BESERTA SARAPAN UNTUK 4 ORANG (BERKAHWIN ATAU BUJANG), SEORANG RM 107.50
          1.2.2 RM 550 BESERTA SARAPAN UNTUK 8 ORANG (BUJANG), SEORANGRM 69

2. MAKANAN:
    2.1 MAKAM MALAM BBQ: RM50 SEORANG (LEBIH DARIPADA 20 JENIS JUADAH)**
    2.2 MAKAN TENGAHARI: RM 10 SEORANG***

3. CENDERAMATA
    3.1 BAJU PROGRAM: RM 10 SEPASANG***

SEMUA BAYARAN HENDAKLAH DISELESAIKAN SEBELUM 21 JANUARI 2011.. 
SEBARANG MASALAH, SILA RUJUK alumnikmns.blogspot.com

* pilih salah satu
** wajib
***optional

from Presiden alumni kmns merangkap pengarah program reunion alumni kmns 2011
minta tolong sebarkan ye.. thanks...
UPDATED [7 JANUARI 2011]



Contoh pengiraan (bujang) : Pilih pakej 1.2.2 (RM69) + BBQ (RM50) + Lunch (RM10) + Baju (RM10) + Yuran Tahunan Alumni (RM10) = rm149

Sila berikan nama selewat-lewatnya 21 Januari 2011 untuk memudahkan proses pendaftaran hotel dan tempahan baju.

Segala bayaran boleh la disalurkan kepada :
Maybank No : 162487112642
Nama : Nor Alwani binti Amran
BAYARAN HENDAKLAH DISELESAIKAN SELEWAT-LEWATNYA 26 JANUARI 2011..

SILA ISIKAN BORANG DI BAHAGIAN BORANG AGM KE-2 UNTUK MENGESAHKAN KEHADIRAN ANDA.
SEBOLAH-BOLEHNYA BAYARAN MESTILAH DISELESAIKAN SEBELUM MENGISI BORANG.

Jika ada pertanyaan sila tinggalkan di ruang komen sini...



Salam Tahun Baru 2011! :)


Assalamualaikum w.b.t

mungkin 1.1.11 dianggap tarikh keramat..tp don't to 'galak' k..salunye bile TERRlalu galak,berita sedih menanti...everyone have that experience rite?

tutup buku lama buka buku baru...ohhh my new book already opened on 7 Disember..you know why rite? ;)

it can be 1.1.11 is turning point for your life..it's good for you my frens! yes I admit,sometimes people find the 'date' to change..because I'm also like that too .::People change::.

i'm not emo rite now ok..just write wat i'm just thinking..happy new year 2011 to all! hoho..tunggu mase nk tgk keindahan bungaapi kt rumah ni :)
azam aku?nk cukupkan ciri2 menjadi seorang suami! :D

ingat senang ke?kene layak jd imam dlu..dh tu nk jdi imam kpd isteri kn..senang ke?nk kene tau mcm2 lgi..ILMU mesti dicari lagi.COUPLE(b4 married) xmsuk lak dlm list utk ak lyk jd suami kn?so xyh couple pon leh jdi suami..kalo kawin la~ haha.mintak maap kalo de tslh kate bicara! ;)

aku bukan angan2..cume fikir mse hadapan..azam tu slh satu je..tp kalo tgk dari keseluruhan,ayt dy cmgini je"nak menjadi lebih baik".tp cm xsyok je ayt sme..tukar la ayt lain kn... :D

RAKYAT MALAYSIA...sedar atau tak, ALLAH bagi CASH doa kalian semua.BUKTI: korg mesti ade cakap@doa utk kejayaan team Malaysia kn?nampakah anda? :)

"Ya Allah,masukkan sifat takut akan Kau dlm hati hamba2mu yg menghampiri zina,hilangkan nafsu dlm diri hamba2mu pabila syaitan membisikkan supaya berbuat zina.jauhilah hamba2mu ini daripada zina."

.:: S E L A M A T    T A H U N   B A R U  2 0 1 1 ::.
SEMOGA TAHUN 2011 MENJADI LEBIH BAIK DARI TAHUN 2010

kat atas ni merupakan status2 yg ku tulis di wall fb sepanjang ambang 2011 dan awal tahun 2011 utk tantapan dan   mencetus pemikiran aku dan anda semua

jemput anda semua utk LIKE my page di sini k

:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © aku.dia.kamu. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales