Pages

وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman

–Az-Zaariat: 55

kisah seorang pendiam


Assalamualaikum w.b.t


"Dia dah tunang ke?" tanya lelaki pendiam kepada kawannya.Itu sahaja yang mampu.Nak tanya terus kepada empunya badan,sangat tidak mampu.Kawan menjadi pengantara.Nasib baiklah kawan si lelaki pendiam itu kawan kepada si dia juga.Kalau tak,pasti si lelaki pendiam itu terpaksa mencari jalan lain utk mengetahui lebih dalam tentang si dia.

Si dia merupakan kenalan lelaki pendiam tersebut.Tetapi hanya kenalan 'gitu2 aje'.Nama asal pun tidak diketahui.Hati sudah terpikat.Tapi disebabkan sifat pemalu lelaki ini.Tiada langkah drastik yg diambil.Agak lama mendiam.Tanpa menunjukkan rasa minat mahupun suka akan si dia.Akhirnya si dia dan lelaki pendiam itu ditakdirkan utk bertemu.


Daripada tidak tahu nama,sekarang dah tahu.Daripada berhubung secara jauh,kini sudah berhubung secara dekat.Lelaki pendiam itu berasa sangat gembira.Pertemuan itu telah membuatkan si lelaki pendiam itu berfikir sejenak.

"Tak perlu zahirkan rasa cinta,ataupun suka pada seseorang itu pun, sekiranya pertemuan atau perkenalan itu telah ditakdirkan oleh Allah,maka jadilah juga."

Pertemuan atau perkenalan lelaki pendiam itu dengan si dia bukanlah bermakna putik-putik cinta mula berbuah.Dengan pertemuan itu,ketahuilah lelaki pendiam itu bahawa si dia rupa-rupanya sudah berpunya.Lelaki pendiam itu tidak terkejut pun.Bahkan sudah dijangka sejak awal.Manakan si dia sebegitu indah rupa,bijak, mahupun berperibadi baik masih tidak berpunya?

Lelaki pendiam itu pasrah.Walaupun si dia masih tidak berpunya secara official.Tetapi faham-fahamlah sikap orang pendiam macam mana kan~Hidup lelaki pendiam diteruskan..... Bagi lelaki pendiam itu,pertemuan dengan si dia sudah mencukupi... dengan hanya berharap didalam hati utk berkenalan...Allah temukan jua..cukuplah sekadar kawan..lelaki pendiam itu sangat bersyukur atas pertemuan itu :)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © aku.dia.kamu. Design By Best Website Design
Buy Traffic and Templates On Sales